Salam Jumaat ,
Solat merupakan TIANG AGAMA . wajib kita tunaikan solat 5 waktu sehari semalam kerana dikalau kita meninggalkan solat kita akan berdosa besar . mesti kita akan rasa takut sangat kalau kita tahu soalan pertama yang Malaikat akan soal di kubur adalah SOLAT . adakah kamu solat ? mesti ramai dah tahu soalan pertama kat kubur kan berkaitan dgn solat tapi ramai jugak yang buat endah tak endah ttg solat ini . cuba kita bayangkan kat kubur nanti kita menerima azab yang perit sebab hanya solat . Islam tak pernah menjadikan solat itu terlalu susah dan terlalu mudah . Islam adalah memudahkan Umat- Nya dan Allah sentiasa menerima kita jika kita menyembah-Nya hanya 5 kali . Subuh , Zohor , Asar , Maghrib dan Isyak . Meskipun dulu bfore masuk poli , aku solat taklah sesempurna 5 kali sehari semalam tapi alhamdulilah Allah memberi perubahan yang baik untuk aku sentiasa menjaga solatku . Mungkin kita selalu rasa adakah solat aku ini Allah terima ? aku solat tp rasa mcm takde keikhlasan pulak ? malasnyaa solat ? tu semua ada lah satu dugann . kita jadikan jelah dugaan itu sbg pembakar semngt kita utk always rajin solat kan :) especially bila solat subuh mesti liat org nk bangun kan ? yelah awal pagi kan siapalah nk bangun . sejuk2 mcm tu . better tarik selimut tido kan . manusia mana boleh tinggalkan melakukan dosa even 1 hari pun mesti ada je dosa yang nak dilakukan . cuma nampak tak nampak je apa dosa die kan? cuba kalau nampak cnfrm tak berani buat . nobody is perfect . itulah umat Nabi Muhammad . tapi cuba jadi mcm Nabi Muhammad . jadikan tak perfect tu kepada perfect yang mungkin antaranya ikuti Sunnah Rasulullah dan jadi rajin solat mcm Baginda :)kalau kita dulu malas sgt nk solat , apa kata kita sama2 berubah jadi rajin solat nk? mesti hidup kita seronok je sbb Allah akan sentiasa melindungi kita dr apa jua bencana yang menimpa . saya katakan ini semua utk diri saya dan pembca2 sekalian . moga kita sama2 menjaga Tiang Agama kita . InsyaAllah .
tips for RAJIN SOLAT .
- Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan. - Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik. - Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya. - Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus. - Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat. - Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok. - Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.*Moga kita bersama-sama meningkatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T . AMIN