30 May 2014



    RAMA-RAMA



Indah kau terbang ke mana-mana sahaja,
bebas untuk melihat ciptaan Allah,
tiada sesiapa yang dapat menghalang kau,
makhluk yang dicipta oleh Allah sungguh indah.

Aku ingin sekali bebas dan terbang seperti kau,
menerokai segala khazanah Allah yang sungguh bernilai,
mengembaran melihat keindahan-Nya,
terasa bersyukur sekali dapat hidup di dalam Ciptaan-Nya.

Hidup seperti makhluk lain,
mungkin satu saat nanti kau juga aku akan pergi,
meninggalkan dunia yang fana ini,
meninggalkan segala keindahan yang Allah pinjamkan.

Satu saat nanti, kau akan rasai,
kerana dunia ini hanya tempat persinggahan untuk kau,
yang abadi hanya satu iaitu Akhirat kelak,
kau pasti akan tersenyum di Syurga :)





by me , -Mayona , Salam Jumaat-

22 May 2014

Mohon



Assalamualaikum,


hi , sudah lama tak menyapa .

maafkan diri ini . *senyum .



terlalu banyak yang berlaku . entahlah . keliru . buntu . terlalu banyak persoalan yang berlejar-lejar dalam ruang fikiran ku .
yang sentiasa mengharapkan jawapan .
kenapa?
kenapa?
dan kenapa?

mungkin dengan banyak bertanya , tak semua jawapan itu diterima . mungkin ada sesetengahnya merasai jawapan itu hanya biasa .
mungkin bagiku tidak .

terlalu banyak yang perlu diperbaiki diri ini . tahu , Allah sentiasa memberi ruang kepada kita untuk berubah .

sayangnya Allah pada kita lebih daripada segala-segalanya yang kita ada .
malu rasanya diri ini , Allah terlalu baik utk kita.

tak semua yang kita ada , kita suka , akan sentiasa dengan kita kan? .
dia juga hamba Allah . tak selalu utk kita . 
kita harus terima hakikat kehidupan itu .

berubah , pergi dari sesiapa pun . tak bermakna kita lari atau kalah dalam meniti kehidupan yang kita ada .
malah , kita cuba untuk memahami kehidupan kita , cari siapa diri kita .

yes , Allah ialah tempat kita mencari .

kita akan rasa semua tu bila kita sendiri.

sendiri untuk seketika ,
biar waktu yang akan sentiasa berjalan .
kita yang harus mencari waktu itu ,
harus!


mungkin hati ini seoleh-oleh penat , ingin lari dari segalanya .
tapi sampai bila?
nak atau tidak , kita harus tempuhi.

mungkin hati ini rapuh , lemah dan tak bermaya ,
tapi sampai bila?
nak atau tidak, kita harus cari kekuatan.

Allah ,
banyak sekali dosaku pada manusia ,
ampunkan diri ku ,
aku mohon .
kuatkan aku .
dan sesiapa pun yang meminta pada-Mu.

"kalau kita memaafkan orang lain , Allah ampunkan dosa kita .  nak bersihkan diri atau tenang , banyakkan memaafkan orang lain" -Ustaz Abdul Halim Zakaria, 18May14-

31 Mar 2014

RANDOM .



Assalamualaikum,


Mengenai Harapan dan Janji .

      baru-baru ini , cousin ku bercerita mengenai sesuatu . masih baru lagi . ini salah satu komunikasi nya dengan seorang teman .


"apa yang paling awak takut?"

CINTA .

"Awak pulak?"

saya takut pada HARAPAN dan JANJI .
   

Krik krik krik .....


Mungkin masa itu fikiranku seoleh-oleh , terdiam dan termenung sekejap !.


Terlalu  ...... sangat mendalam .


takut .



Pada-Mu aku berserah segalanya . 

Jodoh ,
Ajal,
Rezeki,
diri,
dan 
segalanya 
ku serah 
pada 
Allah . 


Aku tahu Allah akan menjaganya untuk ku , Permudahkanlah . :)




23APRIL2014 , *counting datee :*excited hihi
 

                                                                                          


Sekuat mana sekalipun , akhirnya akan jatuh rapuh .

jatuh ke bawah ,

sehingga sukar untuk bangun kembali ,

tanya pada diri .



apa silap aku?

mungkin aku terlalu berdosa?

sehingga di uji sekalian rupa .

Allah,

bantu aku .

aku lemah ,

Allah pasti mendengar .

percaya pada-Nya .

*Senyum manis .





 Kuatkan diri menghadapi apa jua cabaran dan ujian yang diberikan , Selamat Jalan MARCH 2014 , Selamat kembali APRIL 2014 . moga april akan berlalu dengan baik dan semangat menghabiskan sisa-sisa latihan industri . InsyaAllah :)











Muhasabah diri ,
-NMH-




28 Mar 2014

CAHAYA





Ya Allah hidupkan kami dengan IMAN ,
  Ya Allah matikan kami dengan IMAN ,
  Ya Allah bangkitkan kami dengan IMAN ,
Dan masukkan ke Syurga-Mu dengan IMAN ,
     -DOA IMAN BY UNIC-






Assalamualaikum,


                                                    Akhlak Mulia Jambatan Ke Syurga .



Ada orang kata kalau sentiasa buat baik, sentiasa kena pijak . baik tak yah buat baik . buat jahat je biar orang tk pijak dan tak suka kita . adakah perkara itu membuatkan kita mahu atau fobia untuk berakhlak mulia?
dalam buku itu , penulis ingin berkongsi betapa beruntungnya jika kita berakhlak mulia.

jom kita sama2 berakhlak mulia? :)


Akhlak mulia = asas terpenting dalam ajaran Islam - membina peribadi dan memperbaiki masyarakat .

perkara tersebut lebih dikaitkan dengan asas terpenting kerana keselamatan masyarakat,kekuatan,kemuliaan dan kewibawaan peribadi2nya sangat bergantung kepada sejauh mana mereka berpegang dengan akhlak mulia tersebut.

dan sebaliknya masyarakat akan hancur dan rosak jika mereka meninggalkan dan menjauhi akhlak yang terpuji. 

Islam terlalu banyak mengajak  manusia untuk membina fizikal dan jiwannya secara sempurna dan seimbang. 
Islam menyeru agar mereka berpegang dengan akhlak mulia dan menyebarkannya, dan meninggalkan serta menjauhi segala akhlak yang buruk .

Dalam Firman Allah yang menjelaskan ,

"Dan Sesungguhnya engkau benar-benar berada di atas akhlak yang mulia." (Al-Qalam :4)


Sa'ad bin Hisyam pernah bertanya kepada Aisyah r.ha mengenai akhlak Rasulullah . maka jawabnya Aisyah "Akhlak Baginda ialah Al-Quran" .


Indah bukan bila kita berakhlak mulia , contohi la kekasih Allah . Ya Rasulullah . jadikan kita seperti Baginda.

mudah bukan? seronok lagi tu , Allahu . 

lalu Sa'ad berkata ,

"Sungguh saya ingin berdiri dan tidak lagi menanyakan sesuatu yang lain." (Riwayat Muslim)

Sesungguhnya Rasulullah menjadi suri teladan bagi kita dalam segala aspek dalam kehidupan kita . Rasulullah sendiri yang telah memotivasikan umatnya yang beriman supaya berpegang teguh dengan akhlak yang bagus dan menjauhi akhlak yang buruk.

bahkan Rasulullah menjadikan orang yang berakhlak mulia sebagai orang yang paling dekat duduknya dengan Rasulullah sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud:

 " Sesungguhnya orang yang paling aku cintai antara kalian dan paling dekat tempat duduknya dengaku pada hari kiamat ialah yang paling bagus akhlaknya dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya dariku pada hari kiamat ialah tsartsarun (yang banyak bicara) , mutasyaddiqun ( yang bicara sembarangan lagi mencela manusia) dan mutafaihiqun." Para Sahabat bertanya , "Wahai Rasulullah, kami telah mengetahu tsartsarun dan mutasyaddiqun , tetapi siapakah mutafaihiqun itu?" Rasulullah menjawab, "Mutakabbirun (orang yang sombong)." (Riwayat at-Tirmizi) 


Allahu ,

moga kita sama-sama dijauhi dari sifat yang Rasulullah maksudkan . 

masih bersemangat untuk berakhlak mulia kan? Alhamdulilah Iman kita sudah mula sihat . kita jaga tau . jangan biarka Iman kita sakit lagi . :)

Akhlak mulia sumber kebahagiaan dunia dan akhirat , jom sama2 kita mencari dan jangan pernah lepaskan!


Sungguh Dunia sekarang sedang masuk ke dalam fitnah Dajjal . moga Allah lindungi kita dari fitnah dajjal . InsyaAllah .

Sungguh, bila kau melangkah untuk berubah menjadi lebih baik , akan ada "halangan" di belakang menarikmu kembali . teguhkan hati , kuatkan semangat . jadikan "halangan" itu hanya sebagai ilusi diri mu . lupakan kisah lama . jadikan sebagai pengajaran untuk kita bangkit dengan hebat pada masa sekarang ! 

it's okey if you alone , because Allah always besides you . 

Bersyukur dengan apa yang ada , kerana belum tentu esok hari kita dapat bersyukur dengan segala yang Allah berikan pada kita . 


jauh dari sudut hati , ingin sekali "MATI SYAHID" ,  ingin sekali berperang bersama saudara/saudari islamku yang lain , 

Palestin , Mesir , Syria . kuatkan hatimu , yakin dengan segala pertolongan Allah . janji Allah pasti . musuh2 Islam akan di hukum oleh Allah satu saat nanti . 

meskipun kita tidak dapat merasai bagaimana bersama-sama mereka , tetapi dengan mendoakan mereka menjadikan kita dan mereka sungguh dekat . rasailah segala perit dan segala duka mereka .

Allah , jadikan mereka 'Syahid' di Jalan-MU ,

Amin .





Al-Fatihah ,

529 ikhwanul Muslimin di Mesir ,
Anak kapal dan penumpang Mh370 ,

Moga Allah tempatkan di dalam Syurga-Nya , Amin .


























































Dedikasi khas untuk Sahabat Baby Gemok , hihi :*



hamba,
-NMH-

 

22 Mar 2014

KEMBARA HAMBA



Assalamualaikum,


Hi,

aku masih menyapa lagi .

mahu berkongi sedikit ilmu . by Hilal Asyraf "Hadapi Hinaan dengan sabar dan tenang".


okey , apa maksud dengan tajuk yang diperkatakan ?

Hinaan ? bukan hanya sekadar kata-kata yang sinis, malahan juga dalam bentuk perbuatan yang menghiris hati . mesti berpengalaman kan?

yes ! setiap orang pasti akan mengalaminya kerana dalam hidup kita mesti akan ada permasalahan seperti itu.
kebanyakkan selalunya akan terjadi bila dengan kawan2 , *normal situation . sometimes kita tak dapat nk puaskan hati orang sekeliling . mesti ada yang tak puas hati dengan kita , tak senang dengan apa yang kita buat . bukan semua orang suka dan senang dengan tingkah laku kita, pasti akan ada yang mengata . * bak kata uncle . " pi lantak la depa kan , "

sukar bukan? bila kita sendiri merasai semua itu . hati kita akan terasa lemah dan terganggu . dan seluruh pemikiran kita akan berubah menjadi sangat down. rasa sia-sia dengan apa yang dibuat.


kadang-kadang kita harus fikir sejenak ?
adakah aku ini hidup untuk mengalah dengan orang yang begitu?
adakah aku perlu untuk rasa lemah dengan orang yang begitu?


selalunya bercakap seorang2 , bersoal jawab dengan hati ini seronok .
banyak buat diri kita matang dari segi pemikiran , banyak muhasabah diri .

satu saat dulu , Nabi Nuh A.S telah berdakwah selama  950 tahun. Adakah dia berdakwah dalam keadaan senang-lenang tanpa hinaan ?

jawapan?


Tidak,


sebab?


Nabi Nuh berhadapan dengan hinaan sepanjang masa 950 tahun itu. Hatta anak dan isterinya turut menghinanya. Nabi Nuh pernah mengadu kepada Allah dan Allah abadikan aduannya dalam Surah Nuh ayat 5-7,

                    "Dia (Nuh) berkata , ' Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam, dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka agar Engkau mengampuni mereka, mereka telah memasukkan anak jari mereka ke dalam telinga mereka dan memasukkan wajah mereka ke dalam baju mereka dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombong diri .


adakah Nabi Nuh mengalah? Tidak. dia tetap berusaha dan yakin akan kebenaran kerjanya sehingga Allah memberikan kemenangan kepadanya.



lihat juga hebatnya Rasulullah . Baginda banyak dihina sepanjang perjalanan dakwahnya di Makkah. ketika baginda berdakwah untuk orang yang mengerjakan haji ke Makkah , Abu Jahal akan sentiasa mengikutnya ke semua tempat dan apabila Rasulullah hendak menyampaikan dakwah maka Abu Jahal akan turut berbicara menghinanya.

Rasulullah digelar kafir musyrikin Makkah , orang gila , ahli sihir dan sebagainya namun ia tetap tidak mematahkan semangat Baginda untuk trs berdakwah . ketabahan Baginda itu menyebabkan kaum musyrikin menawarkan tawaran sprti wanita cantik atau harta , menjadi raja.

tapi Baginda menolak dan berkata kepada mereka,

"Andai kata kamu meletakkan matahari di tangan kananku, dan kamu letakkan bulan di tangan kiriku, maka aku tetap tidak akan meninggalkan kerja-kerja ini..."


bukankah perjuangan Rasulullah berjaya? buktinya Iman dan Islam itu sampai ke tangan kita , umat islam :)


kalau masih rasa orang menghina?

sabar ,

tenang .

yakin yang Allah bersama-sama kita kan? *Senyum manis :)










#Notetomyself
-NMH-

A .


Assalamualaikum ,




Hi ,


aku menyapa kembali ,

mungkin untuk masa sekarang ?

 belum tahu untuk masa akan datang ?



Hi,


kadang-kadang banyak merancang ,

hati mula takut ,

adakah rancangan aku ini Allah terima? Allah permudahkan ?



Hi,

terlalu banyak yang hendak dilakukan di dunia sementara ini ,

salah satu , 'kegembiraan'

bersama insan tersayang .

kepuasan dalam apa yang dilakukan , Study ?

 masih mahu mencapai target yang diinginkan ,

 2 sem , habis diploma , keputusan cemerlang .

 mohon jangan putus asa Mayona!





Hi,


Naluri ibu membuat hati rasa bergolak ,

aku salah dalam membuat keputusan ?

tapi Allah telah beri jawapan ,

aku tak menolak takdir jika satu hari nanti ,

doa yang terbaik .

jaga iman .





Hi,

Permata hati ,



                                             "kita akan menghargai sesuatu,apabila kita kehilangannya"

                                    "teruskan melangkah meskipun kita terjatuh dari tahap yang tinggi.                                                                                    berusaha , berusaha  dan terus berusaha"
                 
                                                      *Thanks for everything, 14/3/2014 :)

21 Mar 2014

Sedikit Ilmu .



Assalamualaikum,

 Bercakap dengan hati .

kenapa aku malas?
kenapa aku taknk tolong mak , abah?
kenapa aku malas solat ?
kenapa aku malas mengaji?
kenapa aku lalai?

wahai hamba, bercakaplah dengan hatimu .
pesan pada hati ,
pesan pada hati ,
pesan pada hati ,
kerana itu paling terbaik .

semakin kita berpesan pada hati kita ,
semakin itu Allah bersama kita ,

roh yang harus kita  buka untuk diri kita yang lebih menjerus kepada ''Aku Janji" yang kita lakukan ketika kita mengangkat Dua Kalimah Syahadah .
  • Menjadi Seorang Hamba , iaitu hamba kepada Allah 
  • Menjadi Seorang Khalifah yang bermaksud kamu merupakan khalifah/ pemimpin kepada diri kamu sendiri.
Seterusnya, kita ketuk pintu "AKAL" , kita harus mendidik akal kita dari segi
  • Rasional
  • Logik 
  • Pemikiran yang boleh / tulus


Di samping itu,ketuk pintu "FIZIKAL".

- Bagaimana kita nak ketuk pintu fizikal kita?
-adalah melalui Amalan
amalan yang kita lakukan .


Akhirnya, ketuk pintu "HATI".

3 Perkara iaitu :
satu keadaan kesamaan iaitu apa yang difikir,yang dibuat dan dirasa mestilah sama .
maksudnya contoh bila kita berkata sesuatu , haruslah sama dengan apa yang kita buat . jangan hanya bercakap pada lidah tapi perkataan tak sama dengan apa yang kita ungkapkan .
oleh itu, kita harus mohon Allah agar jauhkan kita daripada hati yang berbalik2 .
Element untuk memaafkan orang .
memang kita akan rasa susah sekali untuk memaafkan atau melupakan apa yang telah orang buat pada kita , tapi bila kita memaafkan orang lain, Allah akan lebih sayang kita.

hati yang bersih ialah yang sntiasa belajar untuk memaafkan orang lain,

dan hati yang bersih juga orang yang mengenali siapa itu Allah .

bila kita semakin kenal Allah , kita akan lebih sentiasa belajar dalam hidup ini.


Orang yang paling bahagia dalam hidup ini ialah Rasulullah dan Sahabatnya . :)


 Tak pernah datang untuk menyukarkan kita , selalu dapat untuk mempermudahkan kita .

kita mencari ,
kita mencari ,


Alhamdulilah jumpa ,



just thanks for everything , Allah




 *Perkongsian with Sahabat , Uncle - 2014 :)