30 May 2014



    RAMA-RAMA



Indah kau terbang ke mana-mana sahaja,
bebas untuk melihat ciptaan Allah,
tiada sesiapa yang dapat menghalang kau,
makhluk yang dicipta oleh Allah sungguh indah.

Aku ingin sekali bebas dan terbang seperti kau,
menerokai segala khazanah Allah yang sungguh bernilai,
mengembaran melihat keindahan-Nya,
terasa bersyukur sekali dapat hidup di dalam Ciptaan-Nya.

Hidup seperti makhluk lain,
mungkin satu saat nanti kau juga aku akan pergi,
meninggalkan dunia yang fana ini,
meninggalkan segala keindahan yang Allah pinjamkan.

Satu saat nanti, kau akan rasai,
kerana dunia ini hanya tempat persinggahan untuk kau,
yang abadi hanya satu iaitu Akhirat kelak,
kau pasti akan tersenyum di Syurga :)





by me , -Mayona , Salam Jumaat-