27 Apr 2012

Great is Life !


SALAM




Aku melihat kalender yang terpapar di depan mata aku di saat aku menulis blog ini , aku rasa banyak sungguh aktiviti aku dari sehari ke sehari tapi aku hanya mampu mencatat untuk mengingatkan diri aku sendiri apa aktiviti aku agar aku tak alpa dengan sesuatu urusan yang mungkin penting atau pun tidak . sejak dari sekolah rendah , aku sangat menyukai kalender , siap kumpul lagi dan letak dalam beg tangan kecil yang sentiasa di bawa ke mana2 sahaja aku pergi . aku suka mencatat segala aktiviti aku di kalender kerana aku adalah aku dan aku suka menulis kerana aku tahu setiap apa yang aku catat adalah penting bagi aku meskipun ia adalah sesuatu yang biasa barangkali apa yang aku catat tapi itulah yang aku suka dari dulu . sebab itulah tiap kali aku melihat kembali kalender2 lama aku yang penuh dengan catatan yang aku coretkan di situ , aku rasa seronok mengenang kembali apa yang aku catat dan yang aku lakukan . sekarang aku masih mencatat segala hal2 penting , dan apa jua di kalender . kerana tiap hari aku pasti melihat kalender itu . tanpa kalender , hidup aku ibarat anak yang kehilangan ibunya , *cehh ayat aku nak dramtis je heee sorry aku memang suka bermadah ayat tapi bukan bermadah kasih ye :P aku tak tahu nak bercerita apa pada tengah malam ini , penat otak aku memikirkan nya . oh ye aku ada membaca sebuah novel yang bertajuk Sebarkan Cinta-Mu by Fatimah Syarha Mohd Noordin . segala isi novel beliau sungguh menarik , sudah beberapa novel karya beliau sudah aku baca tapi sayang semua itu novel abang aku so aku hanya mampu pinjam sahaja , bukan apa aku jugak mahu rasa beli novel dengan duit sendiri kan tapi mungkin belum masa lagi . heee *lupakan cerita ini . aku start baca novel itu dah lama rasanya , meskipun tak lama sangat , cerita itu berkisah tentang all about POLIGAMI , mula2 aku baca ingat tentang islamik yang berkaitan keluarga or kehidupan islam mcm itulah tapi makin banyak aku baca dari satu helai ke satu helai , dia berceritakan tentang poligami , so semua mesti tahu apa itu poligami kan? bagi aku , poligami ini ---------- setiap orang ada pendapat dan hak masing2 right ? aku tak pandai nak describe apa itu poligami sebab aku pun belum alami nya lagi. kadang2 fikir , moga Allah jauhkan aku dari poligami ini . amin- takpelah takyah lah fikir soal ini kan hehe ;P dan aku melihat lagi fail2 biru yang terpapar SMK SAUJANA IMPIAN . ada dua tahu . satu fail dapat time form 3 , tak silap aku dan satu lagi time form 5 . aku belek2 balik , aku rindu semua itu . kenapa? tahlah itu jelah yang mampu aku katakan yang aku rindu sekolah ~maybe - tapi kenapa kadang2 semasa aku menunggu adik aku balik dari sekolah pada petang , aku pandang sekolah dengan rasa yang sangat lain ? rasanya yang aku taknak jejak sekolah itu lagi . sungguh pelik rasa hati aku . sampai aku pun tak sanggup nk duga meskipun hati aku sendiri kan .. / sebab itu lah mak selalu kata aku cepat sungguh berubah hati . bukan aku berubah kerana apa  . aku cepat mengubah apa yang aku fikirkan . like macam tak tetap pendirian lah . aku buat A tapi tiba2 nak buat B lepas itu dah buat B , nak buat A pulak haha pelik kan? tah kenapa aku macam ini . haish sungguh aku benci jugak terhadap diri sendiri . aku cuba berubah untuk itu , moga bolehlah berubah kan . aku tahu mungkin susah tapi kalau tak try berubah , mana nak tahu hasilnya kan? aku nak fikir positif so yeah I LOVE THINKING POSITIF :) Mata aku sakit , kepala aku pening , aku fikir haish bila nak tidur sekarang ini -.- bila aku tidur , aku tak mampu nak lelapkan mata dengan cepat . aku kena fikir sesuatu baru aku dapat lelapkan mata aku . bila tak dapat fikir sesuatu itu , memang tak dapatlah tidur . aku tak boleh bayangkan bagaimana kehidupan aku lagi beberapa bulan lagi . maksud aku , kehidupan yang akan aku tempuhi untuk mengejar cita2 aku nanti . macam mana hidup aku ? adakah baik2 sahaja ? bolehkah aku bertahan tanpa mak di sisi ? bolehkah aku bersabar dengan segala dugaan di alam pembelajaran ? bolehkah aku menyiapkan segala mental , fizikal dan rohani ? itu sangat aku bayangkan buat masa sekarang . aku fikir mungkin ini masanya . masa untuk tunjukkan kekuatan kita berbanding kelemahan yang memang sedia ada . kadangkala aku fikir adakah apa yang aku minat itu akan menjamin kehidupan aku satu hari nanti ?maksud aku di sini , adakah khusus yang aku minati iaitu Akaun akan memberi jaminan untuk aku berjaya satu hari nanti . bolehkah aku bertahan dengan subjek itu ketika belajar?mampukah aku ? bukan aku tak yakin tapi kadang2 kala keraguan itu sahaja nak beri hint yang tak baik pada diri kita . bukan apa . even kita hebat sekali pun time kat ipta or ipts dan mana2 sekali pun dengan subjek yang kita minat , kalau habis belajar , menganggur susah gak kan?takut aku bila sebut pasal menganggur . kalau boleh habis je belajar mesti nak terus kerja supaya dapat bantu parents , itulah yang penting . takpelah aku redha dengan segala apa yang Allah berikan pada aku , aku berdoa agar segala keputusan yang aku lakukan diberkati Allah . akauntan , insyaAllah satu hari nanti dengan izin Allah . -AMIN- dan aku harap semua kawan-kawan aku jugak turut sama berjaya . dan dapat sambung pelajaran mereka . heeee so bulan mei , cepatlah result upu keluar , hati berdebar2 ini . tak dapat UPU , matrik ? maybe ~ ape2 pun keputusan insyaAllah ada yang terbaik :) sabar ye mayona ! dan tiba2 aku rasa geram di dalam hati tentang parti bersih ini . kenapa ia perlu ada ? sorry aku sahaja nak kasi ayat terakhir aku yang geram dengan parti bersih itu . tahlah aku tak berapa tahu tentang itu so rasanya biar aje lah kan kerana aku tak terlibat pun sama sekali , so duduk rumah diam-diam . -.- kerajaan , jangan lah bikin kekecohan seperti itu , *dalam hati aku takut tapi wat rileks wat peace . huh ! okey itu sahajalah . good night dan good morning . mulakan hari2 mu dengan Bismilahirahmanirahim dan akhirinya dengan Alhamdulilah . terima kasih Allah for today :) 



_______________________________________________________






Tawakal bukannya bermaksud serahkan segala-galanya kepada Allah tanpa usaha ...
Merenung langit sambil menantikan bulan jatuh ke riba !


Firman Allah s.w.t
"Jika sekiranya kamu berselisih pendapat dalam apa jua perkara , maka kembalilah merujuk kepada Allah dan Rasul sekiranya kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat . Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok kesudahannya . "
[Surah al-Nisa' ayat 59]





-Sekian-