SALAM
Aku sahaja nak tayang gambar paling lawa aku tu . so semua jangan nak jeles2 lah kan haha * ini kalau qistina baca sumpah die kelakar haha . rileks , umah lu gak jadi mangsa haha . setelah lama aku tidak berjumpa dgn kawan2 tersayang iatu tan ti tu dan nad ni nu aku cuma dila la lu je takde . so jumpa lah kami bertiga di persisiran pantai PD untuk melepaskan rindu di dada . haha *ayat takleh bla padahal jumpa kat mcd je lalala -.- . masing2 pergi menyambung pengajian di Universiti2 tempatan untuk mengejar cita2 dan menimba ilmu supaya dapat menjadi student cmrlang dan memegang segulung ijazah demi mendapat POINTER bagus every sem :D *haha apa dah aku merepek nie -.- .. setiap yang berlaku dalam kehidupan kita mempunyai pelbagai hikmah tersendiri yang Allah berikan pada kita . bukan hanya untuk menjadi anak yang soleh dan solehah , bukan untuk menjadi suami dan isteri mithali , bukan hanya itu , ini , sana , sini dan lain - lain tapi ye satu mengaku yang Tuhan itu satu dan tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah dan mengaku Nabi Muhammad itu pesuruh Allah . alhamdulilah Islam is wonderful .
| Nampak tak aku lawa kat situ ? * haha -.- |
Bila kita pandang ke depan , kita dapat melihat masa depan yang sedang menanti kita , kerana hidup kita lebih bermakna jika kita selalu pandang ke depan . Aku sentiasa ingin yakin dengan apa yang Allah berikan padaku . Meskipun kadang2 aku rasa ragu kenapa rezeki aku tak semurah orang lain . Tapi aku yakin pasti ada Hikmah-Nya , kerana mungkin Allah merancang sesuatu yang lebih baik . Yakin dan Percaya . InsyaAllah pasti ada yang terbaik . Aku harap rayuan aku ke Uitm diluluskan . amin :)
"A Moment To Remember "
Setiap patah perkataan yang aku ungkapkan pasti terungkap dengan suara dan rasa hati yang meronta-ronta ingin mengukapkan . Setiap yang aku jalani dulu , aku sematkan dalam hati dan ingatan untuk dikenang hanya sebagai kenangan manis dan memori yang mungkin tak kan dilupuskan sampai bila-bila pun . Setiap yang aku jalani hari ini , aku jadikan sebagai kekuatan untuk aku lebih kuat dalam menghadapi apa jua rintangan yang melanda . Setiap yang akan aku jalani nanti , aku hanya mampu merancang dan Allah yang aku menentukan . aku hanya perlukan Allah untuk melindungi setiap atur cara die aku dan jauhi aku dari kerosakan akidah , ilmu dan maruah diri .
Air mata yang mengalir laju membasahi pipi itu menceritakan pelbagai cerita dan emosi yang kadangkala aku sendiri sukar untuk memahami apa yang terjadi dalam diri aku . sometimes deceptive show of emotion . bukan apa , perasaan itu hadir hanya untuk mendapatkan belas kasihan orang lain . sampai bila kita hidup untuk dapatkan belas kasihan? sometimes we need to be strong like a tiger? woah tiger ! xP semakin kita hidup , kita semakin di uji dengan pelbagai ujian . kekuatan mental , fizikal dan rohani penting but more important ialah kita ingat Allah dan always pray for Him . :) tiada manusia yang hidup kat dunia ini takde agama . memang kita boleh jumpa , tahu apa agama orang itu tapi kita sukar untuk jumpa orang yang betul2 beramal dengan agamanya .
Petik jari menandakan kita terlalu bosan dengan menunggu segala cabaran yang datang . challenge diri sendiri untuk menyahut segala cabaran yang ada bukan hanya di depan mata sahaja tapi di mana-mana sahaja . Aku perempuan yang takut untuk mencabar diri aku sendiri ? why ? sebab aku tak pernah mencuba mencabar diri aku . why not . hari ini . or mungkin esok or mungkin esok ke bila-bila? aku akan mencuba . kerana aku tahu hidup tanpa cabaran dan ujian ibarat duduk di bawah tempurung . nothing yang happen dan nothing yang kita tahu about dunia ini or lain-lain . cuba kalau kita tersesat di Hutan seorang diri . mesti kita akan rasa sangat susah untuk hidup begitu dan mesti satu yang akan kita fikir iaitu mencari makanan. bukankah itu satu cabaran buat diri kita ? sesat - di hutan - perlu - makanan .. mestilah kita akan mencuba mencari makanan bukan?jadi di samping kita mencari makanan untuk meneruskan hidup ini , sama-samalah kita mencari bekalan untuk menuju ke Akhirat kelak ..
Aku boleh bercerita anything dengan kau . kita sudah lama bersama . tiba-tiba kau pergi meninggalkan aku kerana alasan tertentu . aku kecewa dan sedih . hampir sahaja aku ingin mengantungkan diri aku di atas satu kerusi yang di siling nya ada tali yang boleh aku jadikan itu sebagai tempat untuk aku mengantungkan diri aku . dengan cinta kau yang indah menjadikan aku kosong akhirnya . nasib ada seorang Hamba Allah yang telah menyelamatkan aku dari melakukan dosa besar itu . Sungguh aku bersyukur kerana hadirnya die menyelamatkan seluruh hidup aku . mungkin kau boleh berbahgia di luar sana dengan cara dan hidup kau tapi aku kini jauh lebih bahagia kerana Allah telah memberi aku Hidayah yang paling indah yang pernah terjadi dalam hidup aku . baru aku menyedari cinta seseorang manusia adalah indah bila bersama dan akibat buruknya jauh lebih perit . Alhamdulilah aku masih mampu untuk menjalani peluang kedua hidup aku dengan Hidayah Allah . Allah masih sayang pada diri aku yang penuh dengan dosa ini . terima kasih Allah .
-Novel Indahnya Sebuah Pengakhiran itu-
" Moga setiap air mata yang gugur disebabkan kesakitan ini demi menggapai redhaMu menjadi saksiku di akhirat sana."
Merasa diri ini Hebat adalah sesuatu yang bermakna !!
Bila aku pergi nanti , jaga diri dan ingat pada Allah . di mana sahaja aku pijak , di mana sahaja aku melangkah . aku yakin dengan izin Allah , aku pasti berjaya ! aku harus mencari kejayaan itu dengan hati yang hebat dan semangat . yang pasti doakan aku selamat menghadapi ujian Iman , insyaAllah :)
-Normayona Binti Heffi-
-Forever <3 , insyaAllah-
my last decision melaka or kuantan :* insyaAllah
31 mei 2012