12 Jan 2014

DOA DAN TAKWA



Assalamualaikum ,

Seorang Sahabatku telah memberi aku pinjam buku yang bertajuk "Siapa Allah di hatimu" kepada aku . aku membacanya dan aku menyukai segala isi dalam buku tersebut dan aku berhajat untuk memiliki buku tersebut tapi Alhamdulilah sahabatku itu telah menghadiahkan buku itu kepada aku . aku menerima dengan hati yang senang . Dalam buku tersebut , aku amat tertarik dan menyukai satu kisah yang bertajuk "beliau mati kerana takutkan Allah" .

Ini adalah kisahnya,

Pada suatu nasa dahulu,tinggal seorang pemuda di zaman pemerintahan Sayidina Umar al-Khattab. Pemuda ini merupakan seorang yang tinggi cinta dan takwanya kepada Allah. Beliau berzuhud pada kehidupan dunia yang maya kerana mencari cinta sebenar yakni cinta daripada Tuhan Yang Maha Pencipta. Hatinya dikalungkan pada rumah Allah. Tiapa masa dan ketika,jiwanya meronta-ronta untuk pergi beriktikraf dan berjemaah di rumah Allah.

Setiap hari,pemuda ini akan melalui beberapa buah rumah dalam perjalanananya ke masjid. Salah sebuah rumah itu adalah rumah yang didiami oleh seorang gadis perawan. Siapa sangka,gadis itu jatuh hati kepada lelaki budiman itu tadi. Setiap hari apabila lelaki itu melintasi halaman rumah gadis itu untuk ke masjid,gadis tersebut pasti akan mengintai pemuda yang menjadi idaman hatinya dari tirai jendela.

Suatu hari,tiada siapa di rumah gadis tersebut,kebetulan pemuda ini melintasi rumah gadis itu untuk ke masjid seperti hari-hari lainya. Pada kesempatan ini,gadis perawan itu mengambil peluang untuk menggoda pemuda budiman ini, Sebaik sahaja pemuda ini meintasi rumah gadis itu,dia terlihat gadis perawan itu mengenakan pakaiana cantik2 dan memanggil pemuda itu masuk ke dalam rumahnya. Gadis tadi menggoda pemuda itu sepenuh dayanya agar pemuda itu tertewas dan masuk bersama ke dalam rumahnya. Lalu,pemuda tadi terikut masuk atas godaan gadis perawan itu,

Semasa berada di pintu rumah gadis itu,sewaktu kakinya  melangkah untuk langkahan seterusnya menuju ke arah gadis perawan itu,tiba-tibanya akalnya teringat sesuatu. Hatinya membisik sesuatu. Beliau teringat akan sepotong firman Allah ...

"Sesungguhnya apabila orang-orang yang bertakwa ditimpa waswas
daripada Syaitan,mereka ingat kepada Allah,maka ketika itu juga mereka
melihat kesalahan-kesalahannya..."
(Al-A'raf,201)

Lalu,pada ketika itu juga tubuhnya terketar-ketar,wajahnya bertukar pucat dan timbul ketakutan yang amat dahsyat. Sejurus itu, pemuda tadi tersungkur pengsan di rumah gadis itu. Gadis tadi yang dalam kebingungan terus memangil orang ramai,lalu menghantar anak muda itu pulang ke rumahnya.


Setibanya di rumah,ayah pemuda itu berasa hairan. Apa yang berlaku kepada anaknya? Bukankah sebentar tadi anaknya itu mahu ke masjid? Mengapa pula die pengsan,lalu dihantar pulang? Malah, turut serta seorang perempuan. Lalu, si ayah mengubati ankanya ini. Sebaik sedar, si ayah bertanya,"Wahai anakku,ceritakan apa yang berlaku padamu"

Dengan wajah yang pucat dan nafas yang berombak-ombak, si anak tadi bercerita segalanya
 dari awal sehinggalah dia jatuh pengsan.

"Ayat apakah yang dikau teringat ketika itu wahai anakku?" soal si ayah.

Sebaik pemuda tadi mahu melafazkan semula ayat 201, surah al-A'raf yang berdetik di dalam hatinya itu, hatinya kembali berdebar-debar dan tubuhnya bergetar kerana ketakutan yang amat dahsyat kepada Allah. Belum sempat dia menghabiskan bacaan ayat itu, dia jatuh pengsan sekali lagi. Kali ini, apabila diperiksa si ayah, rupa-rupanya anaknya itu sudah tiada lagi. Dia telah pergi meghadap Ilahi.

Kematian pemuda beriman itu menjadi buah mulut orang ramai sehinggalah ke pengetahuan Khalifah ketika itu. Lalu, Sayidina Umar berangkat menuju ke rumah pemuda itu dan bertanya kepada si ayah, apa yang telah berlaku. Ayah kepada pemuda itu menceritakan segalanya kepada Sayidina Umar.

"Anak mudamu ini meninggal dunia kerana teringatkan ayat IIahi pada saat imanya diuji?" soal Sayidina Umar.

Si ayah mengangguk. Kemudian, Sayidina Umar mengajak ayah pemuda itu serta orang ramai yang  berada di situ untuk ke kubur pemuda beriman tadi. Sayidina Umar menghampiri kubur itu dan meletakkan tangannya ke tanah lalu berkata,

"Wahai pemuda, sesungguhnya di dalam al-Quran Allah telah berfirman,'Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga(Ar-Rahman,46). Sekarang katakan padaku,adakah engkau sedang menikmatinya?"

Lalu tiba-tiba keluar suatu suara dari kubur anak muda itu. Dia menyahut,
              
                 "Benar,dan sekarang aku sedang menikmati dua syurga itu."

Kesimpulannya, dalam cerita yang dapat kita baca ini adalah bahwa betapa tingginya darjat manusia yang teguh cintanya kepada Allag biarpun digoda oleh seorang gadis perawan tapi hatinya masih setia pada Tuhan. Malah saat hampir terjerumus ke lembah binasa, hatinya yang bertakwa yang menyala-nyala cinta tuhannya mengingatkan dirinya tentang dosa.Persoalannya , adakah kita begitu teguh Iman seperti pemuda tersebut?  adakah setiap hari kita diuji,kita akan teringat kepada Allah? berapa kali kita teringat pada Allah? adakah ia membawa perasaan gementar di dalam hati sehingga pengsan? tanyalah hati adakah hati kita seperti pemuda itu yang sentiasa tersemat dalam hatinya nama Allah . bagaimana dengan diri kita? siapa Dia dihatimu?



dan satu lagi kisah yang aku dengar sewaktu baru pulang dari bekerja, abang aku selalu membuka radio Ikim FM dan aku juga sudah tertarik untuk selalu mendengar radio itu . Alhamdulilah aku lebih selesa mendengarinya. ini diceritakan iaitu sebuah kisah mengenai "DOA" . Doa merupakan senjata buat kita . Doa menghubungkan kita dengan Allah . dengan Doa kita merasa diri kita sentiasa dekat dengan Allah . tak kira di mana kita , apa yang kita lakukan , kita solat , kita makan dan apa jua yang dilakukan , kita mesti berdoa .

kisah ini bermula apabila seorang ibu menceritakan pada usia anak perempuan sulungnya berusia 18 tahun dan baru saja habis SPM . anaknya itu melarikan hari . ibunya telah cuba menghubungi anaknya melalui kawan2 anaknya tapi gagal dihubungi, puas ibunya mencari dan ibunya juga telah melaporkan kepada polis mengenai kehilangan anaknya. pelbagai cara telah dibuat untuk mencari anaknya yang disenangi dgn panggilan "kak long". setelah sebulan kehilangannya, ibunya telah penat dan hampir kering air mata mengenangkan kehilangan kak long hampir sebulan itu. satu hari , ibunya telah berjumpa dengan sesorang yang menyuruh ibunya agar solat pada malam hari . 

Pada malam itu , ibunya bangun dan mengambil wuduk untuk mengerjakan Solat Sunat. si ibu yakin dengan wuduknya , dia akan sentiasa dekat dengan Allah . setelah itu ibunya mengerjakan Solat Sunat lalu die menadah tangan memohon Doa kepada Allah . dalam doanya si ibu meminta agar Allah kembalikan anaknya kerana dia tahu dunia ini terlalu bahaya utk anaknya, dia takut anaknya terjerumus ke dalam dunia yang penuh dengan duri . dia hanya mahu anaknya kembali . katanya "kak long, umi nak kak long balik ke rumah ini, umi rindukan kak long , bila umi masuk ke bilik kak long , umi cium baju kurung kak long. umi rindukan kak long" . ibunya berdoa kepada Allah sepanjang malam sehingga akhirnya ibunya tetrtidur di atas sejadah sehingga azan subuh berkumandang , ibunya bangun untuk solat.

Selepas waktu zohor, pintu rumah diketuk , dan berdiri lah kak long yang sudah lama menghilangkan diri . kak long meminta ampun kepada ibunya atas segala yang telah dia lakukan . dan berpelukan lah kedua anak beranak ini melepaskan rindu yang sudah lama dipendam . di ciumnya anak ini oleh ibunya sampai menangis . 

Lalu si ibu bertanya " bagaimana kak long boleh pulang ke rumah?" , kak long menjawab . " sepanjang malam tadi (malam sewaktu si ibu berdoa kepada Allah) , kak long tak dapat melelapkan mata dan seolah-olah mendengar suara umi bercakap dengan kak long . itu adalah sebab kenapa kak long pulang ke rumah ." kata kak long kepada uminya . 


SubhanaAllah , DOA seorang ibu adalah Doa yang dimakbulkan oleh Allah . betapa mulianya Doa seorang ibu sehingga Allah perkenaakannya . oleh itu , kita harus berbakti kepada orang tua kita terutama sekali ibu kita kerana kita semua tahu bahwa Syurga itu terletak di terlapak kaki ibu . untuk mendapatkan Redha daripada Allah juga terletak pada ibu kita . jika ibu kita redha dengan  apa yang kita lakukan , maka Allah akan memberikan keredhaan-Nya kepada kita . dan yang paling penting ingatlah bahwa Doa adalah satu kekuatan bagi umat Islam dan janganlah kita lupa untuk selalu berdoa kepada Allah . moga kita berada di bawah keredhaan-Nya :)





Sekian,