16 Feb 2014

Aku .

Assalamualaikum,


Dah lama aku tak menyapa blog ini ,
mungkin terlalu sibuk , mungkin telah malas untuk menaip , mungkin takde idea nk tulis apa .
itu semua adalah kemungkinan besar berlaku pada aku .


bulan dulu ialah Januari 2014 , bulan sekarang ialah February 2014 .
cepat masa berlalu meninggalkan segalanya . 
ye segalanya ......

bila hati dah lapang berfikir tentang sesuatu , 
pasti ada jua sesuatu yang datang .
nak menolak salah , nak menerima pun salah .
ye ini mungkin salah satu ujian dari Allah kan?
bersangka baik ........

kita tak boleh pernah menduga apa jua yang Allah berikan ,
semakin kita berubah ,
semakin kita melakukan kebaikan ,
semakin kita berusaha untuk memperbaiki diri ,
semakin kita sabar,
semakin kita bahagia,
dan segalanya pasti ada ujian daripada Allah .

sungguh! aku mencuba .
aku mencuba untuk tetapkan hati ,
mencuba memperbaiki diri ,
sentiasa mencuba kerana aku tahu berubah la walaupun sedikit dan berubah lah kerana Allah !

kadangkala kita tertewas dek kerana diri kita yang terlalu lemah ,
sangat terlalu lemah . 
 percayalah , Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih . 
Dia mengetahui hati kita ini lemah dan mudah tewas .
sebab itu , Allah beri kita peluang .

peluang ?
Allah sangat sayang pada Hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya dalam waktu senang dan waktu susah .
Allah berikan kita pintu Taubat , Allahu layakkah aku Allah?

kita yang nak keampunan dari Allah , sebab itu kita layak untuk mencuba mendapatkannya . 
ye kita layak ! 
jangan pernah takut untuk mencuba mencarinya . 

 saban hari berfikir, berikanlah aku Hidayah-mu Allah , 
aku ingin sekali merasainya ,
Hidayah Allah seperti baby yang baru dilahirkan .
suci , penuh dengan kesenangan , tersangat indah sekali .
aku ingin sekali merasainya ,
mampukah aku Allah ?

ku tanamkan semangat ku , ku sematkan dalam doaku , ku simpankan dalam hatiku ,
ku pegang cita-cita itu untuk memiliki satu Hidayah dan Redha Allah .

Redhakan segalan perjalananku , mak dan abah . 
anakmu memohon sekali , redhakan ku , 
izinkan aku mendapatkan kredhaan Allah .
aku yakin , sekali orang tua kita meredhakan kita , Allah tentu sekali bahagia meredhakan perjalanan kita dunia juga akhirat .

apa yang ku tulis , apa yang ku terjemahkan ini semua kerana Allah , 
aku mohon jauhikan aku dari riak , mohon jauhi aku dr sangka buruk ,
aku mohon kau ampunkan segala dosaku pada orangtua ku , guru2ku,kawan2ku dan sesiapa yang ku kenal.

hidupku mungkin boleh ditarik oleh malaikat maut bila-bila masa,tak kira di mana sahaja ,
aku mohon matikan aku dengan kematian yang terbaik .

Istiqamah la wahai Normayona Heffi ,
jagalah solat 5 waktu , solat hajat , solat dhuha , jaga aurat , jaga iman . 
semoga berubah menjadi yang lebih baik setiap hari .
lakukan kebaikan setiap hari , walaupun sedikit . yang penting selalu istiqamah :) 







hamba ,
NormayonaHeffi