| Allah is only one , give the best for Allah :) |
Assalamualaikum,
Seperti biasa , hari jumaat adalah hari yang ditunggu .
kerana apa? besok cuti . hehe :)
setelah 5 hari berpenat lelah mencari ilmu, menjalani latihan industri,
penat sangat , penat badan, penat mental , penat fizikal.
itu lah dugaan yang Allah berikan pada kita.
tapi masih lagi kita mengeluh penat kan?
aku juga selalu merasa mengeluh ,
"ya Allah penatnya",
"stress",
"tensionnya kerja",
"penatnya kerja".
selalu sangat cakap begitu kat Allah .
kesian Allah dengar luahan itu kan?
ya Allah muhasabah diriku ini,
cuba bayangkan orang yang berkerja dengan panas terik,hujan lagi
kesiannya ya Allah.
kesian abah, kesian mereka ,
moga Engkau berikan kesabaran dan limpahkan rezeki kepada mereka .
Engkau la sebaiknya Tuhan yang melimpahkan rezeki kepada hamba-hamba-Mu ya Allah.
kehebatan Solat Pagi,
iaitu Mengerjakan Solat Sunat Dhuha,
2 rakaat cukup untuk mohon rezeki kepada Allah.
mohon dipermudahkan segala urusan kita,rezeki kita.
kadang2 bila duduk sorg2, termenung sorg2 tringt Allah,
banyak teringat apa yang telah kita lakukan sepanjang kita hidup ini,
sampai tak sedar air mata berkaca2 sudah.
bila diri sentiasa terserap dengan perkara yang baik setiap hari meskipun sedikit,
diri kita pun mesti akan rasa untuk melakukan perkara yang baik meskipun sedikit.
indah bukan? itu semua Allah yang gerakkan.
Sedih bila rasa kita buat dosa hari ini,menyesal memang tk sudahlah,
rasa macam benci dengan diri sendiri,
rasa macam menyesal sangat,
tapi cuba untuk kawal diri, katakan pada diri ."AKU TAKNK ULANGI LAGI"!!
termenung sendiri mengenangkan kembali,
Allah :(
aku harap aku menjadi lebih baik untuk hari esok jika kau masih mengizinkan aku mengubahnya.
jika aku berhenti pada hari ini,moga aku dapat bertemu Engkau di Sana :)
Maafkan aku Allah,
Dalam Surah Az-Zumar , ayat 53 yang bermaksud :
"katakanlah,wahai para hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka,janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosanya. Sungguh,Dia Maha Pengampun , lagi Maha Penyayang".
Women's Voices