20 Feb 2014

Alhamdulilah 20 yrs :)



Assalamualaikum,



 To Normayona Heffi ,

 
Alhamdulilah sudah melangkah usia 20 tahun pada 19 february 2014 .  bila usia kian mengikut terlalu banyak yang harus difikirkan tentang diri sendiri. tapi masih rasa bersyukur kerana Allah masih beri kesempatan hidup untuk bersama orang2 yang tersayang. masih diberikan waktu untuk berubah , Allah masih sayang pada ku . Alhamdulilah sangat aku syukuri atas segala nikmat yang diberikan oleh-Nya.

Bagi aku cukuplah sekadar aku bersyukur , tu saja yang aku harapkan untuk usia 20 tahun ini , terasa sedih je mengenangkan usia yang kian meningkat ini. sedih . sangat sedih . 

Terlalu banyak sekali dosaku sepanjang berusia 20 tahun , terlalu banyak . kalau la dosa itu dapat dilihat dan dapat disentuh , aku ingin sekali menjaga hati dan diri ini jauh daripada melakukan dosa tapi ada hikmah kenapa Allah sembunyikan dosa kita . jadi kita perlu lah sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang selalu menjaga dirinya , melakukan segala Suruhan Allah dan menjauhi Larangan-Nya . 

Masih belum sempurna iman ini , masih banyak yang perlu diperbaiki dari sehari ke sehari . Allah , di kala usiaku 20 tahun ini , aku bersyukur sekali kerana aku sudah mula perlahan2 mengenali Engkau, aku sudah bisa perlahan2 menjaga aurat,aku sudah mula mencari hidayah Engkau , aku sudah mula merasai Engkau itu wujud dan bercakap dengan ku ya Allah . aku senang sekali . sangat tenang sampai menitis air mata bila mengenangkan peristiwa itu . 





 Happy birthday Normayona Heffi !
 Selamat Hari Lahir !
Allah , Selamatkan kamu !
Selamat Hari Jadi !
 

Happy 20 !
semoga panjang umur dan murah rezeki,
semoga menjadi Muslimah yang solehah untuk diri sendiri ,
semoga menjadi seorang anak yang solehah buat mak dan abah,
semoga menjadi adik yang baik buat abang,
semoga menjadi kakak yang baik buat adik,
semoga menjadi bakal jenazah yang sentiasa mengharapakan kematian yang paling indah,
semoga menjadi kawan yang baik buat kawan2 yang lain,
semoga menjadi musuh yang baik buat kawan2 yang lain,
semoga menjadi bakal isteri dan bakal makmum yang solehah buat bakal suami,
semoga menjadi bakal ibu yang penyayang buat bakal anak2,
dan paling penting semoga menjadi HAMBA ALLAH YANG SENTIASA MENGHARAPKAN KREDEHAAN ALLAH:)

*wish untuk diri sendiri