22 Mar 2014

KEMBARA HAMBA



Assalamualaikum,


Hi,

aku masih menyapa lagi .

mahu berkongi sedikit ilmu . by Hilal Asyraf "Hadapi Hinaan dengan sabar dan tenang".


okey , apa maksud dengan tajuk yang diperkatakan ?

Hinaan ? bukan hanya sekadar kata-kata yang sinis, malahan juga dalam bentuk perbuatan yang menghiris hati . mesti berpengalaman kan?

yes ! setiap orang pasti akan mengalaminya kerana dalam hidup kita mesti akan ada permasalahan seperti itu.
kebanyakkan selalunya akan terjadi bila dengan kawan2 , *normal situation . sometimes kita tak dapat nk puaskan hati orang sekeliling . mesti ada yang tak puas hati dengan kita , tak senang dengan apa yang kita buat . bukan semua orang suka dan senang dengan tingkah laku kita, pasti akan ada yang mengata . * bak kata uncle . " pi lantak la depa kan , "

sukar bukan? bila kita sendiri merasai semua itu . hati kita akan terasa lemah dan terganggu . dan seluruh pemikiran kita akan berubah menjadi sangat down. rasa sia-sia dengan apa yang dibuat.


kadang-kadang kita harus fikir sejenak ?
adakah aku ini hidup untuk mengalah dengan orang yang begitu?
adakah aku perlu untuk rasa lemah dengan orang yang begitu?


selalunya bercakap seorang2 , bersoal jawab dengan hati ini seronok .
banyak buat diri kita matang dari segi pemikiran , banyak muhasabah diri .

satu saat dulu , Nabi Nuh A.S telah berdakwah selama  950 tahun. Adakah dia berdakwah dalam keadaan senang-lenang tanpa hinaan ?

jawapan?


Tidak,


sebab?


Nabi Nuh berhadapan dengan hinaan sepanjang masa 950 tahun itu. Hatta anak dan isterinya turut menghinanya. Nabi Nuh pernah mengadu kepada Allah dan Allah abadikan aduannya dalam Surah Nuh ayat 5-7,

                    "Dia (Nuh) berkata , ' Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam, dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka agar Engkau mengampuni mereka, mereka telah memasukkan anak jari mereka ke dalam telinga mereka dan memasukkan wajah mereka ke dalam baju mereka dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombong diri .


adakah Nabi Nuh mengalah? Tidak. dia tetap berusaha dan yakin akan kebenaran kerjanya sehingga Allah memberikan kemenangan kepadanya.



lihat juga hebatnya Rasulullah . Baginda banyak dihina sepanjang perjalanan dakwahnya di Makkah. ketika baginda berdakwah untuk orang yang mengerjakan haji ke Makkah , Abu Jahal akan sentiasa mengikutnya ke semua tempat dan apabila Rasulullah hendak menyampaikan dakwah maka Abu Jahal akan turut berbicara menghinanya.

Rasulullah digelar kafir musyrikin Makkah , orang gila , ahli sihir dan sebagainya namun ia tetap tidak mematahkan semangat Baginda untuk trs berdakwah . ketabahan Baginda itu menyebabkan kaum musyrikin menawarkan tawaran sprti wanita cantik atau harta , menjadi raja.

tapi Baginda menolak dan berkata kepada mereka,

"Andai kata kamu meletakkan matahari di tangan kananku, dan kamu letakkan bulan di tangan kiriku, maka aku tetap tidak akan meninggalkan kerja-kerja ini..."


bukankah perjuangan Rasulullah berjaya? buktinya Iman dan Islam itu sampai ke tangan kita , umat islam :)


kalau masih rasa orang menghina?

sabar ,

tenang .

yakin yang Allah bersama-sama kita kan? *Senyum manis :)










#Notetomyself
-NMH-