28 Mar 2014

CAHAYA





Ya Allah hidupkan kami dengan IMAN ,
  Ya Allah matikan kami dengan IMAN ,
  Ya Allah bangkitkan kami dengan IMAN ,
Dan masukkan ke Syurga-Mu dengan IMAN ,
     -DOA IMAN BY UNIC-






Assalamualaikum,


                                                    Akhlak Mulia Jambatan Ke Syurga .



Ada orang kata kalau sentiasa buat baik, sentiasa kena pijak . baik tak yah buat baik . buat jahat je biar orang tk pijak dan tak suka kita . adakah perkara itu membuatkan kita mahu atau fobia untuk berakhlak mulia?
dalam buku itu , penulis ingin berkongsi betapa beruntungnya jika kita berakhlak mulia.

jom kita sama2 berakhlak mulia? :)


Akhlak mulia = asas terpenting dalam ajaran Islam - membina peribadi dan memperbaiki masyarakat .

perkara tersebut lebih dikaitkan dengan asas terpenting kerana keselamatan masyarakat,kekuatan,kemuliaan dan kewibawaan peribadi2nya sangat bergantung kepada sejauh mana mereka berpegang dengan akhlak mulia tersebut.

dan sebaliknya masyarakat akan hancur dan rosak jika mereka meninggalkan dan menjauhi akhlak yang terpuji. 

Islam terlalu banyak mengajak  manusia untuk membina fizikal dan jiwannya secara sempurna dan seimbang. 
Islam menyeru agar mereka berpegang dengan akhlak mulia dan menyebarkannya, dan meninggalkan serta menjauhi segala akhlak yang buruk .

Dalam Firman Allah yang menjelaskan ,

"Dan Sesungguhnya engkau benar-benar berada di atas akhlak yang mulia." (Al-Qalam :4)


Sa'ad bin Hisyam pernah bertanya kepada Aisyah r.ha mengenai akhlak Rasulullah . maka jawabnya Aisyah "Akhlak Baginda ialah Al-Quran" .


Indah bukan bila kita berakhlak mulia , contohi la kekasih Allah . Ya Rasulullah . jadikan kita seperti Baginda.

mudah bukan? seronok lagi tu , Allahu . 

lalu Sa'ad berkata ,

"Sungguh saya ingin berdiri dan tidak lagi menanyakan sesuatu yang lain." (Riwayat Muslim)

Sesungguhnya Rasulullah menjadi suri teladan bagi kita dalam segala aspek dalam kehidupan kita . Rasulullah sendiri yang telah memotivasikan umatnya yang beriman supaya berpegang teguh dengan akhlak yang bagus dan menjauhi akhlak yang buruk.

bahkan Rasulullah menjadikan orang yang berakhlak mulia sebagai orang yang paling dekat duduknya dengan Rasulullah sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud:

 " Sesungguhnya orang yang paling aku cintai antara kalian dan paling dekat tempat duduknya dengaku pada hari kiamat ialah yang paling bagus akhlaknya dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya dariku pada hari kiamat ialah tsartsarun (yang banyak bicara) , mutasyaddiqun ( yang bicara sembarangan lagi mencela manusia) dan mutafaihiqun." Para Sahabat bertanya , "Wahai Rasulullah, kami telah mengetahu tsartsarun dan mutasyaddiqun , tetapi siapakah mutafaihiqun itu?" Rasulullah menjawab, "Mutakabbirun (orang yang sombong)." (Riwayat at-Tirmizi) 


Allahu ,

moga kita sama-sama dijauhi dari sifat yang Rasulullah maksudkan . 

masih bersemangat untuk berakhlak mulia kan? Alhamdulilah Iman kita sudah mula sihat . kita jaga tau . jangan biarka Iman kita sakit lagi . :)

Akhlak mulia sumber kebahagiaan dunia dan akhirat , jom sama2 kita mencari dan jangan pernah lepaskan!


Sungguh Dunia sekarang sedang masuk ke dalam fitnah Dajjal . moga Allah lindungi kita dari fitnah dajjal . InsyaAllah .

Sungguh, bila kau melangkah untuk berubah menjadi lebih baik , akan ada "halangan" di belakang menarikmu kembali . teguhkan hati , kuatkan semangat . jadikan "halangan" itu hanya sebagai ilusi diri mu . lupakan kisah lama . jadikan sebagai pengajaran untuk kita bangkit dengan hebat pada masa sekarang ! 

it's okey if you alone , because Allah always besides you . 

Bersyukur dengan apa yang ada , kerana belum tentu esok hari kita dapat bersyukur dengan segala yang Allah berikan pada kita . 


jauh dari sudut hati , ingin sekali "MATI SYAHID" ,  ingin sekali berperang bersama saudara/saudari islamku yang lain , 

Palestin , Mesir , Syria . kuatkan hatimu , yakin dengan segala pertolongan Allah . janji Allah pasti . musuh2 Islam akan di hukum oleh Allah satu saat nanti . 

meskipun kita tidak dapat merasai bagaimana bersama-sama mereka , tetapi dengan mendoakan mereka menjadikan kita dan mereka sungguh dekat . rasailah segala perit dan segala duka mereka .

Allah , jadikan mereka 'Syahid' di Jalan-MU ,

Amin .





Al-Fatihah ,

529 ikhwanul Muslimin di Mesir ,
Anak kapal dan penumpang Mh370 ,

Moga Allah tempatkan di dalam Syurga-Nya , Amin .


























































Dedikasi khas untuk Sahabat Baby Gemok , hihi :*



hamba,
-NMH-